27 April 2009

KHIDMAT KESIHATAN PERCUMA....










GAMBAR sekitar khidmat kesihatan percuma dun paroi yang berlangsung pada 26.4.2009 di taman kobena senawang bermula jam 9.30 pagi lebih 80 orang yang berminat untuk mandapatkan rawatan secara percuma,yang tak datang tu.......... semuanya orang kaya menurut En hasan ini adalah kali ke 3 pada tahun ini.

25 April 2009

MCIS dulu kini dan....




kilang mcis safety glass sdn bhd sekitar tahun 70an,90an dan 2009.

EXORA mpv


anak aku dan proton exora......"cantiklah abah keta ni bila kita nak beli senang balik kampung boleh tidur kat belakang"itulah ucapan pertama bila aku bawa dia pergi tengok exora kat giant senawang.....insaallah kalau ada rezeki lebih abah belikan.......

Teman di Taman..2


Yang ni teman aku jugak,,,,dia ni tukang segala galanya,apa apa masalah cakap aje dengan dia pasti beres.....masalah rumah,ibu tunggal,orang miskin,anak yatim piatu dan yang memerlukan teman....nama gelaran dia PENGHULU...

DI MANA PBT.....


perasan tak anda bila melalui persimpangan lampu isyarat taman kemuning dan taman senawang jaya ada satu tiang untuk apa tak tahu...yang pasti mesti papan tanda tapi yang tinggal tiang aje.....adakah kerana vandalisma,kerja tak bermutu atau barang yang diguna tak bermutu....harap harap PBT yang lalu di situ ternampak,,,,

Teman di Taman..


kawan kawan aku yang pandai berkata kata apa saja bagitahu dengan dia semua boleh jawab dan boleh komen yang seorang lagi juruteknikal bab berhujah dialah orangnya....semua bisnes boleh buat jadi ke tidak belakang kira....

18 April 2009

SEHANDAL NAMANYA.....


toyota sapa tak kenal satu jenama kereta dari jepun.....proton jenama dari malaysia.............

boleh tak kereta malaysia bertahan macam kereta toyota ni....ini gambar betul beb...kat highway lagi...

CEGAH DENGGI bela jentik jentik


CEGAH DENGGI bela jentik jentik ini adalah istilah yang sesuai aku rasakan........ aku dan kawan ada buat projek pasang antena TV untuk sebuah klinik di seremban ,atas bumbung bangunan tu air bertakung penuh dengan jentik jentik takkan tak nampak betul betul sebelah tempat dia orang makan.buka tingkap dah boleh nampak puncanya lubang air keluar tersumbat aku dan kawan ni tolong keluarkan kotoran yang tersumbat ,1/2 jam baru kering bayangkan banyak mana jentik jentik dalam air yang bertakung.saksi gambar ni.....

ternak sembilang penuhi masa lapang...


Ternak sembilang penuhi masa lapang...memang abang ni aku tabik hormat ada aje kerja yang dibuatnya pada masa lapang contohnya depan rumah pun dapat bela ikan sembilang,kawasanya taklah luas sangat aku ingat dalam 7 kaki persegi aje.di masukan anak sembilang 2000 ekor sekarang dah boleh jual,tak sempat aku nak tanya soal pada abang ni ,dia awal awal dah cakap HENDAK SERIBU DAYA TAK MAHU SERIBU ALASAN....jangan banyak tanya,sapa yang nak beli ikan sembilang murah boleh datang taman senawang jaya jumpa abang jabar..

gotong royong.....dewan surau dan pengkritik


Hari jamaat 17.4.09 surau taman senawang jaya mengadakan gotong royong,ubah suai dewan kalau dulu dewan ni sebagai kelas KAFA,tapi terbiar begitu murid murid ada cikgunya tak ada,masing masing dah ada kerja katakan....atau tak layak untuk guru KAFA macam aku jugak ilmu agama tak belajar tinggi tinggi......biarkanlah balik pada cerita tadi ramai juga yang turun ketua projek tuan J.B.R,ketua kerja abg penghulu dan dibantu oleh kawan kawan,biasalah gotong royong yang datang ramai tapi bukan buat kerja,kebanyakan jadi jurukata kata dan jurukritik,kerja tak buat semuanya hampeh....jangan jadikan ini amalan hidup anda.

13 April 2009

Apa kata kita berhibur sekejap tak salahkan....mari kita saksikan video klip ni...


Lepas gotong royong membaik pulih rumah yang mendap tu... ada pulak yang perihatin belanja minum dan makan mee goreng di restoran SABAR MENANTI ,,,alhamdullilah syukur beginilah ....masyarakat di DUN paroi

gotong royong.....


hari ahad 12.4.2009 unit amal dun paroi di ketuai oleh penghulu(gelaran aje) telah membuat satu amal di taman teratai dalam dun paroi.mengadakan gotong royong membaik pulih satu rumah bangsa india yang lantai ruang tamu telah mendap beberapa minggu lalu,barang barang binaan adalah sumbangan dari orang ramai dalam dun paroi.inilah yang di katakan hidup muafakat tak kira bangsa dan agama yang penting tolong menolong,sapa sapa yang nak bagi sumbangan boleh datang ke pusat khimat masyarakat dun paroi di taman tasik.

PERNIAGAAN ITU REZEKI....

semalam 1242009 saya dan teman teman singgah minum di satu restoran taman widuri,saya tertarik pada kain rentang yang dipasang oleh pemiliknya,.....
RESTORAN SABAR MENANTI
beli 10 keping roti canai biasa percuma 1 keping roti canai biasa
beli roti canai telur 5 keping percuma 1 keping roti canai telur
makan apa apa sahaja melebihi RM15.00 percuma air kotak
dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang ni ....faham faham aje la...tapi masih ada lagi pemilik restoran yang sanggup bagi percuma dengan setiap pembelian dari kedainya,yang kaya jangan kedekut sangat,yang miskin jangan lebih lebih minta,,bukan GIANT aje boleh buat beli satu percuma satu, restoran brader ni boleh buat beb....
marilah sama sama kita ke kedainya...ha ...lupa pulak kat kedai ni pun boleh buat aduan tentang masaalah masyarakat(pusat aduan orang ramai) parti keadilan rembau

04 April 2009

tiada apa apa yang pelik....


apa kata anda semua tentang gambar ini.....?,

siti dan tok guru


siti dan suaminya dah jumpa dengan tok guru.....aku bilalah agapnya///////

bala atau rahmat untuk kita.....




petang 25.3.09 senawang dilanda ribut taufan dengan hujan begitu lebat sekali,21 tahun aku duduk di senawang pertama kali aku nampak hujan batu di senawang.....adakah ini bala atau rahmat dari allah untuk kita menginsafi tentang kebesaranya....banyak kejadian bencana alam,hujan ribut angin kencang termasuk di kg baru paroi,pinggiran senawang,taman satria kejadian ini berlaku dengan tiba tiba,sama sama kita berdoa dengan allah supaya dijauhkan bala menimpa kita semua.




yang terpilih...


pada 20.3.09 (jumaat) aku mendapat berita dari sahabat,mengatakan ustaz khairul azhar telah meninggal dunia pada malam tu...aku dan kawan aku serta anak saudara,pada hari itu aku pergi sembahyang jumaat di masjid paroi kerana nak sama sama menunaikan sembahyang jenazah untuk arwah ustaz,semasa sembahyang jenazahnya cukup ramai jemaah yang sembahyangkan,aku rasa terharu istimewanya arwah,semasa di makam ahmad said semasa jenazahnya dimasukan ke dalam liang lahad aku nampak sekawan burung nun jauh di angkasa,aku tanya kawan aku burung apa tu,dia pun tak tahu,aku rasa macam burung tu mengiringi rohnya yang terbang dari matahari terbit menuju matahari jatuh,bila selesai jenazahnya dimasukan ke liang lahad burung itu pun beransur ansur hilang dari pandangan aku,ya allah cucurilah rahmat ke atasnya dan tempatkanlah bersama dengan orang orang yang soleh.