04 April 2009

yang terpilih...


pada 20.3.09 (jumaat) aku mendapat berita dari sahabat,mengatakan ustaz khairul azhar telah meninggal dunia pada malam tu...aku dan kawan aku serta anak saudara,pada hari itu aku pergi sembahyang jumaat di masjid paroi kerana nak sama sama menunaikan sembahyang jenazah untuk arwah ustaz,semasa sembahyang jenazahnya cukup ramai jemaah yang sembahyangkan,aku rasa terharu istimewanya arwah,semasa di makam ahmad said semasa jenazahnya dimasukan ke dalam liang lahad aku nampak sekawan burung nun jauh di angkasa,aku tanya kawan aku burung apa tu,dia pun tak tahu,aku rasa macam burung tu mengiringi rohnya yang terbang dari matahari terbit menuju matahari jatuh,bila selesai jenazahnya dimasukan ke liang lahad burung itu pun beransur ansur hilang dari pandangan aku,ya allah cucurilah rahmat ke atasnya dan tempatkanlah bersama dengan orang orang yang soleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan