19 Oktober 2010

QURBAN...1431

surau senawang jaya macam biasa setiap tahun akan menganjurkan ibadah qurban,kepada sesiapa yang berkemampuan untuk qurban boleh datang ke surau senawang jaya jumpa dengan pegawai2nya.satu bahagian qurban RM350.00,tarikh akhir untuk tempahanya ialah 31.10.2010.

14 Oktober 2010

INSAF...senawang dilanda BALA

Malam minggu SRS senawang jaya berjaya menahan pasangan seorang kaki tangan kerajaan yang berkedudukan dengan seorang gadis yang bukan mahram dan diserahkan kepada jabatan agama negeri.....selasa tengahari pula senawang dilanda angin puting beliung dalam keadaan cuaca yang terang benderang yang menerbangkan beberapa keping atap beberapa buah rumah,marilah kita sama sama berdoa kepada ALLAH agar dijauhkan mala petaka demi keselamatan bersama,,,yang mungkar sama kita cegah jangan asyik peluk tubuh aje....jadilah mata mata untuk taman senawang jaya.

13 Jun 2010

Tahniah...muslimat pas

muslimat pas di beri polisi 30% untuk membuat keputusan dalam jawatan, begitulah lebih kurang yang saya dengar dalam ucapan penangguhan muktamar ke 56.menteri pembangunan wanita keluarga dan masyarakat datuk shahrizat abdul jalil pun pujilah muslimat pas kerana berani bersuara.Tapi dalam menteri kabenat malaysia berapa orang wanita yang ada pegang jawatan?

23 Mei 2010

Mati......ASB/PNB

Dokumen yg perlu di bawa oleh pewaris ke PNB jika akauan si mati bawah RM5000 adalah :
· Buku asal ASB si mati.
· 2 Salinan Sijil Mati (bwk sekali yg ori kalau boleh)
· 2 Salinan Surat Beranak yang menuntut (PNB nak tengok pertalian dgn si mati)
· 2 Salinan Kad Pengenalan yang menuntut
· Bawa sekali akaun ASB penuntut atau sesiapa waris yg ada akaun ASB. (untuk dipindahkan amaun yg adala dalam akaun si mati ke akaun penuntut.
Setelah itu PNB akan bagi 2 borang di mana salah satunya hendaklah di matikan setem dan ditandangani oleh Pesuruhjaya Sumpah.Setelah semuanya selesai, nombor anda akan dipanggil dan serahkan segala dokumen tadi. Kemudian anda akan diberikan RM200 on the spot iaitu duit khariat kematian yang sememangnya ada untuk pemegang akaun ASB. Kami terkejut bila kaunter beri RM200 on the spot tu dan bila Kami tanye "ni duit ape?" So kaunter tadi explain pasal khairat kematian.Jadi duit akaun si mati tu akan dipindahkan ke akaun baru (yg menuntut) dalam masa sebulan. Mudah bukan jika kita tahu bagaimana cara nak berurusan dgn PNB.

Tawaran tender kantin


Permohonan dipelawa dari kalangan pengusaha dan penyedia makanan untuk perkhidmatan kantin di syarikat MCIS safety glass secara kontrak selama 2 tahun,menyediakan makanan bagi 430 pekerja.
Syarat2.
1-mampu mengendali 2 buah kantin di dalam kawasan MCIS safety glass secara serentak.
2-modal pusingan yang cukup
3-tenaga kerja yang cukup
Permohanan tender.
1.profil syarikat
2.menu serta harga yang akan dijual
3.penyata bank
4.senarai pekerja
Permohonan hantar ke alamat;Pengurus perkhidmatan korporat,mcis safety glass sdn bhd atau talipon EN.Harith 012-6855351.

01 Februari 2010

KURSUS KESEDARAN WANITA ISLAM

KURSUS KESEDARAN WANITA ISLAM
Tarikh : 6 Feb 2010 / Sabtu

Masa : 8 pg – 5 ptg

Tempat : Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Kg Gedung Lalang Lama, Ampangan, Seremban

Yuran penyertaan RM 20 (termasuk makan minum)

ATURCARA7:30 pg – Pendaftaran

8:30 pg – Ceramah oleh Ust Nursalam Abd Mutalib Al Hafiz : Akhlak Wanita Sejati

10 pg – Jamuan ringan

10:20 pg – Ceramah oleh Dato Ust Hassan Mahmud Al Hafiz : Ciri-Ciri Isteri Solehah

11.40 pg – Ceramah oleh Sdr Hafizan Fauzi : Halal & Haram dalam Pemakanan & Perawatan

1.20 tgh – Solat Zuhur dan makan tengahari

2.30 ptg – Ceramah oleh Dato Ismail Kamus : Tanggungjawab Isteri terhadap Suami

4.30 ptg – Solat Asar dan bersurai

Untuk pendaftaran hubungi Cikgu Hassan Taha 013-3426346 , 06-7636346