30 Julai 2009

Maju Tapi Mundur...negeri ku cintai johor

Merdekakah kita rakyat malaysia 1malaysia... 1negeri yang maju adakah ini untuk rakyat johor oh johor...
bacakosmo

25 Julai 2009

21 Julai 2009

ISRAK & MIKRAJ

SAMBUTAN israk & mikraj akan diadakan di surau senawang jaya.
Tarikh:24.07.2009 / 2 syaaban 1430
Hari :Jumaat malam Sabtu
Jam:7.30 malam
Penceramah:kalau tak silap ustaz sorur
Marilah pakat ramai ramai ke surau senawang jaya.

15 Julai 2009

Yang aku tak setuju....







Sambil memerhati gelagak dan ragam perayu undi di sekolah rendah sungai sok aku masuk kat pondok panas PAS ,,,,nak minum air untuk hilangkan haus minta dengan petugas kat situ dia orang bagi la... dua tiga botol yang ada logo undilah PAS dan ganbar TOKGURU,aku tengok banyak botol botol kosong yang bersepah sepah di merata tempat ada yang dah kena pijak di celah celah pokok dalam tong sampah dan juga dalam bilik air,kalau tak ada gambar TOKGURU aku tak kisah buat macam tu,tapi oleh kerana ada gambar orang tua tu aku terasa hina pula gambar seorang TOKGURU dibuang merata rata tempat.AKU RASA DI LAIN KALI JANGANLAH DI CETAK GAMBAR TOKGURU PADA BOTOL AIR MINERAL.TAK SANGGUP AKU NAK PAMERKAN GAMBAR BOTOL YANG BERSEPAH TU...maaflah

Untung ada PRK....




semasa nak menuju ke manik urai aku singgah makan kat kedai di kuala krai.....ooomak oi...ramai betul orang yang nak kesana.suasana cukup ramai orang sampai nak makan pun terpaksa tunggu giliran kerusi meja penuh,aku tanya dengan makcik kedai tu,selalunya ramai tak orang datang kedainya,,,,ado la sikit sikit dale (dalam) sari (hari) tu bolih la seratuh duo (seratus atau dua ratus) ria(ringgit) dengan loghat kelatan.Tapi gak ari ni banyok bolih doh dekat tigo ribu...bagui jugok ado piliherayo ni utong orge neghe,kat makcik tu.


suasana PRK manik urai 14.07.2009

Masa ni aku balik kampung ada urusan sikit sempat juga aku singgah kat manik urai,suasana cukup hangat dengan penyokong dari PAS dan UMngok,aku pergi di tempat kontigen negeri melaka dan negeri sembilan di tempatkan iaitu di kawasan sungai sok,apa yang aku nampak pada hari itu penyokong dari PAS memang ramai kalau nak di bandingkan dengan penyokong UMngok ,100 orang penyokong PAS hanya lebih kurang 20 orang dari UMngok aje,gambar sebelah kiri ini TOKGURU sedang bersalam dengan salah seorang kanak kanak, emaknya yang baju pink tu,orang negeri tu.. jauh datang nak bagi sokongan pada PAS.
gambar yang ni pulak suasana depan pondok panas PAS bertentangan dan UMngok lansung tak nampakan bendera dacing atau penyokongnya
gambar yang di bawah ini pulak aku ambil jauh sikit supaya orang kata aku tak tipu,pun masih tak nampak gambar dacing dan penyokongnya.
kereta toyota hitam depan tu YB paroi punya la...



12 Julai 2009

DUNIA NAMPAK,AKHIRAT TAK NAMPAK>>>

Minggu lalu ada perjumpaan untuk pertubuhan badan kebajikan taman,jadi biasalah ada yang bertanya ada yang meminta dan tak lupa juga yang memberi cadangan,aku pun ada juga cadangan...simple aje cadangan aku.
1.Badan kebajikan membeli dan membekal satu alat pemadam api kepada setiap ahli (satu rumah) yang berdaftar.
YANG ni di tolak kerana katanya banyak belanja diperlukan tak mustahak bombakan ada jika berlaku kebakaran,aku tak kisah cadangan aje....
2.mengesa pihak 7 eleven supaya tidak menjual minuman keras dalam premisnya.
YANG ni ditolak kerana kita tak boleh campur tangan dalam urusan penjualan dalam satu satu premis,aku tak kisah juga....
3.semua kutipan duit dari pasar malam pada minggu ke 4 setiap bulan dimasukan kedalam tabung surau,
YANG ni pun ditolak...ontah lah tak dapek den nolong!!!!katanya cukup lah setiap bulan dah dibagi RM100.00,kalau surau nak duit pandai pandailah cari sendiri.
Sebelum perkara ni dibincangkan adalah seorang ustaz bagi ceramah katanya......Ada seorang raja,di suatu hari raja ni nak makan buah mangga,dia pun kupaslah buah mangga tadi sendiri tanpa menyuruh kadamya mengupas tiba tiba jari tanganya terpotong,raja tadi pun bagitahu dengan kadamnya yang jarinya terpotong,jawab sikadam tadi alhamdullilah....bila raja itu dengar dia pun marah yang amat sangat.disuruhnya pengawal tangkap kadam dan masukan ke dalam penjara ISA tanpa soal siasat kenapa kadam berkata begitu.
Pada suatu hari yang lain pula,raja tadi pergi memburu dalam hutan,tiba tiba dia tersesat lalu ditangkap oleh orang karnibal yang jenis makan manusia,nampak gaya makan besarlah malam nanti ,sebelum itu ketua puak tadi suruh checking dulu takut takut adal Influza A atau H1N1,semaunya ok,tiba tiba seorang menjerit bagitahu raja tadi cacat kerana salah satu jari tanganya tiada,ketua puak telah reject raja tadi kerana kecacatan jari.masa ni raja tadi baru teringat alhamdullilah yang diucapkan oleh kadamnya.
Cadangan yang pertama lebih kurang macam cerita yang ustaz tadi cakap,masa akan menentukan belum terjadi semuanya tak boleh bila dah terhantuk baru rasa sakit.....
yang kedua tu......kita disuruh cegah perkara buruk,kat dunia untuk keselamatan anak dan kawan kawan dan di akhirat kita tidak dipersoalkan kenapa tidak memberi teguran.
PAK DIN...komen sikit,,,,,,