01 November 2009

Kesilapan atau ketidak kesempurnaan dalam Ibadat dan Amalan

Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan

Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati dan
dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah
beliau..

Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan
dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak
makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang
berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa
penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan
utk kita bukak puasa dan pergi kenduri tersebut..kerana memperkenankan
jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat
tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat,
puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau
ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu
syumul (menyeluruh) ..

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan
Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung
dengar… kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi
dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang
di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit,
orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau
mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh
sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi
sekampung dengar…rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala…Sebenarnya
kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita
tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg
sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun
agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah
lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK
masjid yg baca ! ni, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan,
makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang
nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru
sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul
ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk
niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg
tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham
sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri
sendiri…Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati,
tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan
susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah
berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia
sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula
dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat
anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat
dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan
solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..! Jadi
kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya
dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa
dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin"..
Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah…ini kerana
terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan
tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin" ,
"Hamdaz-zakirin" dan "Hamdasy-syakirin" . (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah
ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan
kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di
sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah
dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat
ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.

Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti
diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby
siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat
akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. ....jangan disebabkan hal
yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh
Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah
jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu
mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau
menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan
mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang,
contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita
solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah
nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape
la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat,
menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2
lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang
camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena
pandai menyusun keutamaan..contohny a jika kita dah cukup duit nak pergi
haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos
perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu
utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita
kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih
utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah,
tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan
tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah
tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar..
walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada
solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh
nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak
qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun
keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal
mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja,
malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkan
utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa….. Renung-renungkanlah ...

AKIBAT...sotong kering

GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.
Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.
"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris .Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.
"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,' ' ujarnya.
CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

27 Oktober 2009

AL FATIHAH UNTUK ISTERI USTAZ ARSHAD

Malam tadi lebih kurang pukul 2.00 pagi isteri kepada ustaz arshad imam masjid bandar baru senawang telah kembali ke rahmatullah,moga rohnya di tempatkan bersama orang orang yang soleh.

22 Oktober 2009

ayat al quran pada kulit bayi

ayat al quran tumbuh pada kulit seorang bayi di moscow http:baca sini

25 Ogos 2009

JUALAN AMAL NASI BERIANI


PROGRAM JUALAN AMAL NASI BERIANI
pihak pengurusan PASTI al Amal , Taman Marida dengan kerjasama PAS Cawangan Senawang akan menganjurkan Program Jualan Amal Nasi Beriani sempena menyambut bulan Ramadhan 1430 H.
Program ini merupakan jualan kupon dengan harga RM10 bagi setiap bungkus Nasi Beriani.
Mereka yang berminat untuk menderma, membeli untuk diri sendiri atau membeli dan menyumbang untuk keluarga miskin / anak-anak yatim boleh membeli kupon ini mulai sekarang dengan menghubungi :
Sdr Sufian 013-3589328
Sdr Nazri Zainal 019-9103431
Tn Hj. Faisol 019-3440826
Mereka yang membeli kupon ini boleh mendapatkan Nasi Beriani di
PASTI Amal , Taman Marida , Senawang.
hari; Isnin,
14 September 2009
jam 5.00 petang hingga 7.00 malam.
Tarikh akhir pembelian kupon ini ialah pada 9 September 2009

23 Ogos 2009

Dendang Perantau

lagu raya oleh ARWAH P.RAMLIEE Dendang Perantau

Sumbangan diperlukan...pakat pakat bantu

1RAMADHAN 1SYAWAL UNTUK 1MALAYSIA Sumbangan Barangan Keperluan adalah seperti berikut :1. Garam ( 1peket – RM0.50)
2. Gula (1 kilo – RM1.50)
3. Tepung (1 kilo – RM 2.80)
4. Biskut lemak (1 peket – RM2.50)
5. Susu tin (1 tin – RM2.20)
6. Teh (1 peket – RM3.50)
7. Kopi (1 peket – RM3.50)
8. Kicap ( 1 botol – RM2.50)
9. Minyak masak /kelapa (1 peket – RM2.50)
10. Minyak masak/kelapa (3 kilo – RM7.00)
11. Beras (5 kilo – RM 15.00)
12. Beras (10 kilo) – RM 28.00
Hantar terus ke pejabat pusat khidmat masyarakat dun paroi di alamat:No 22 , Jalan Bunga Raya 27Taman Tasik Jaya70400 Seremban , N.SembilanTel : 06-6794609

22 Ogos 2009

RAMADHAN ALMUBARAK


HARI INI RASANYA GENAP 42 TAHUN UMUR KU...TAPI PUASA KU RASANYA BELUM CUKUP UNTUK KALI KE 42.APA APA PUN terima kasih kepada kawan kawan yang menghantar ucapan atau kata semangat sempurna kedatangan ramadhan tahun ini.Antaranya

1- perkataan yang cantik "ALLAH," lagu yang merdu "AZAN,"

novel yang menarik "AL QURAN",senaman yang baik "SEMBAHYANG",

diet yang mujarab "PUASA".

2-SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK,sebelum cahaya syurga terpadam,sebelum hidup ini berakhir sebelum pintu2 taubat tertutup ,sebelum ramadhan menjelang lagi ku mohon maaf zahir & batin.,maaf atas pertuturan ku yang tidak terjaga ,janji2 yang terabaikan,hati yang yang kadang kala berperasangka,dan sikap yang pernah menyakitkan,maaflah kekhilafan.

3-TAWARAN PERCUMA selama 1 bulan,dengan pelbagai dan ribuan mata ganjaran dan bonus,hanya 1 tahun sekali,tahun depan belum tentu lagi,pastikan kunjungi masjid atau surau mulai malam ini.....selamat berpusa semoga allah menerima amalan kita.

TAPI YANG LEBIH AFDAL SEBELUM KITA BERPUASA BULAN RAMDHAN INI MEMOHON MAAF DENGAN KEDUA IBU BAPA KITA.

08 Ogos 2009

FORUM KHAS SEMPENA SAMBUTAN BULAN RAMADHAN 1430H

TAJUK FORUM;Persiapan di ambang ramadhan
Ahli panel:
Usataz wan aminuddin wan abdullah (MAINS)
Ustaz asma' harun (JHEAINS)
Usataz soffhan halim (MADRASAH AL-ALIYAH)
Tarikh :14.ogos.2009 (JUMAAT)
Masa :selepas solat magrib
Tempat :Majid negeri seremban

01 Ogos 2009

EXPO DI AMBANG RAMADHAN 2009

EXPO DI AMBANG RAMADHAN
Tarikh : Jumaat – Ahad , 14 - 16 Ogos 2009
Tempat : Dataran Senawang

PELBAGAI ACARA MENARIK –
Semua Dijemput Hadir*
Teater dari Hadith Nabi bersama pelakon Sabri Yunus

Forum Perdana
* Persembahan Nasyid
* Tazkirah CINTA
* Kursus Keluarga Cemerlang
* Kursus Pelajar Bistari
* Kursus Rawatan Alternatif
* Pemeriksaan Kesihatan Percuma
* Khidmat Nasihat Guaman Percuma
* Rawatan Alternatif (Bekam & Refleksologi)
* Explorace Minda* Pertandingan Bolasepak Jalanan
* Pertandingan Rekabentuk Roket Air
* Pertandingan Motosikal Perlahan
* Pertandingan Hafazan Pra Sekolah
* Pertandingan Busana Muslim Pra Sekolah
* Pertandingan Mewarna Pra Sekolah
* Gerai dan Pameran
* Jualan Amal
Maklumat lanjut di http://yam-ns.blogspot.com/ Hubungi :Husaini 013-359 8318 , Sufian 013-3589328 , Hakki 012-3660646 , Hamizi 012-2832458 ************ *********

ATURCARA PROGRAM
JUMAAT 14 Ogos 2009 , 9 pm – 12 pm
*Teater Menunggu Kata Dari Tuhan Dari Hadis Muslim. Dilakonkan Oleh Sabri Yunus (Diiringi Gesekan Biola Oleh Sani Sudin (Kopratasa).
* Konsert Nasyid “Malam Seribu Bintang”

SABTU 15 Ogos 2009
* KHIDMAT NASIHAT GUAMAN Percuma 9 am – 4 pm
* Pertandingan BOLASEPAK JALANAN 9 am – 11 am
* Pertandingan Rekacipta ROKET AIR 11 am – 12 pm
* KURSUS KELUARGA CEMERLANG 9 am – 1 pm
* KURSUS PELAJAR BISTARI 2 pm – 6 pm
* TAZKIRAH CINTA bersama Radhi Ex-Vokalis Rock Band Melissa 7 pm – 9 pm
* SOLAT MAGHRIB , QASIDAH : Briged Amal Islami Gemencheh 7 pm – 9 pm
* PERTANDINGAN MOTOSIKAL PERLAHAN 5 pm – 6 pm
* FORUM PERDANA 9 pm – 12 pm Ramadhan : Hadirmu Dinanti, Pergimu Ditangisi

AHAD 16 Ogos 2009
* PEMERIKSAAN KESIHATAN Percuma 9 am – 1 pm
* PERTANDINGAN HAFAZAN 9 am – 1 pm
* PERTANDINGAN BUSANA MUSLIM 9 am – 1 pm
* PERTANDINGAN MEWARNA 9 am – 1 pm
* KURSUS RAWATAN ALTERNATIF 10 am – 1 pm
Kursus mengesan dan rawatan alternatif: Herba, senaman, urutan accupressure dll (DIY - Do it yourself)
penyakit kritikal (Kencing manis, darah tinggi & jantung)

* EXPLORACE MINDA 10 am – 11 am

30 Julai 2009

Maju Tapi Mundur...negeri ku cintai johor

Merdekakah kita rakyat malaysia 1malaysia... 1negeri yang maju adakah ini untuk rakyat johor oh johor...
bacakosmo

25 Julai 2009

21 Julai 2009

ISRAK & MIKRAJ

SAMBUTAN israk & mikraj akan diadakan di surau senawang jaya.
Tarikh:24.07.2009 / 2 syaaban 1430
Hari :Jumaat malam Sabtu
Jam:7.30 malam
Penceramah:kalau tak silap ustaz sorur
Marilah pakat ramai ramai ke surau senawang jaya.

15 Julai 2009

Yang aku tak setuju....







Sambil memerhati gelagak dan ragam perayu undi di sekolah rendah sungai sok aku masuk kat pondok panas PAS ,,,,nak minum air untuk hilangkan haus minta dengan petugas kat situ dia orang bagi la... dua tiga botol yang ada logo undilah PAS dan ganbar TOKGURU,aku tengok banyak botol botol kosong yang bersepah sepah di merata tempat ada yang dah kena pijak di celah celah pokok dalam tong sampah dan juga dalam bilik air,kalau tak ada gambar TOKGURU aku tak kisah buat macam tu,tapi oleh kerana ada gambar orang tua tu aku terasa hina pula gambar seorang TOKGURU dibuang merata rata tempat.AKU RASA DI LAIN KALI JANGANLAH DI CETAK GAMBAR TOKGURU PADA BOTOL AIR MINERAL.TAK SANGGUP AKU NAK PAMERKAN GAMBAR BOTOL YANG BERSEPAH TU...maaflah

Untung ada PRK....




semasa nak menuju ke manik urai aku singgah makan kat kedai di kuala krai.....ooomak oi...ramai betul orang yang nak kesana.suasana cukup ramai orang sampai nak makan pun terpaksa tunggu giliran kerusi meja penuh,aku tanya dengan makcik kedai tu,selalunya ramai tak orang datang kedainya,,,,ado la sikit sikit dale (dalam) sari (hari) tu bolih la seratuh duo (seratus atau dua ratus) ria(ringgit) dengan loghat kelatan.Tapi gak ari ni banyok bolih doh dekat tigo ribu...bagui jugok ado piliherayo ni utong orge neghe,kat makcik tu.


suasana PRK manik urai 14.07.2009

Masa ni aku balik kampung ada urusan sikit sempat juga aku singgah kat manik urai,suasana cukup hangat dengan penyokong dari PAS dan UMngok,aku pergi di tempat kontigen negeri melaka dan negeri sembilan di tempatkan iaitu di kawasan sungai sok,apa yang aku nampak pada hari itu penyokong dari PAS memang ramai kalau nak di bandingkan dengan penyokong UMngok ,100 orang penyokong PAS hanya lebih kurang 20 orang dari UMngok aje,gambar sebelah kiri ini TOKGURU sedang bersalam dengan salah seorang kanak kanak, emaknya yang baju pink tu,orang negeri tu.. jauh datang nak bagi sokongan pada PAS.
gambar yang ni pulak suasana depan pondok panas PAS bertentangan dan UMngok lansung tak nampakan bendera dacing atau penyokongnya
gambar yang di bawah ini pulak aku ambil jauh sikit supaya orang kata aku tak tipu,pun masih tak nampak gambar dacing dan penyokongnya.
kereta toyota hitam depan tu YB paroi punya la...



12 Julai 2009

DUNIA NAMPAK,AKHIRAT TAK NAMPAK>>>

Minggu lalu ada perjumpaan untuk pertubuhan badan kebajikan taman,jadi biasalah ada yang bertanya ada yang meminta dan tak lupa juga yang memberi cadangan,aku pun ada juga cadangan...simple aje cadangan aku.
1.Badan kebajikan membeli dan membekal satu alat pemadam api kepada setiap ahli (satu rumah) yang berdaftar.
YANG ni di tolak kerana katanya banyak belanja diperlukan tak mustahak bombakan ada jika berlaku kebakaran,aku tak kisah cadangan aje....
2.mengesa pihak 7 eleven supaya tidak menjual minuman keras dalam premisnya.
YANG ni ditolak kerana kita tak boleh campur tangan dalam urusan penjualan dalam satu satu premis,aku tak kisah juga....
3.semua kutipan duit dari pasar malam pada minggu ke 4 setiap bulan dimasukan kedalam tabung surau,
YANG ni pun ditolak...ontah lah tak dapek den nolong!!!!katanya cukup lah setiap bulan dah dibagi RM100.00,kalau surau nak duit pandai pandailah cari sendiri.
Sebelum perkara ni dibincangkan adalah seorang ustaz bagi ceramah katanya......Ada seorang raja,di suatu hari raja ni nak makan buah mangga,dia pun kupaslah buah mangga tadi sendiri tanpa menyuruh kadamya mengupas tiba tiba jari tanganya terpotong,raja tadi pun bagitahu dengan kadamnya yang jarinya terpotong,jawab sikadam tadi alhamdullilah....bila raja itu dengar dia pun marah yang amat sangat.disuruhnya pengawal tangkap kadam dan masukan ke dalam penjara ISA tanpa soal siasat kenapa kadam berkata begitu.
Pada suatu hari yang lain pula,raja tadi pergi memburu dalam hutan,tiba tiba dia tersesat lalu ditangkap oleh orang karnibal yang jenis makan manusia,nampak gaya makan besarlah malam nanti ,sebelum itu ketua puak tadi suruh checking dulu takut takut adal Influza A atau H1N1,semaunya ok,tiba tiba seorang menjerit bagitahu raja tadi cacat kerana salah satu jari tanganya tiada,ketua puak telah reject raja tadi kerana kecacatan jari.masa ni raja tadi baru teringat alhamdullilah yang diucapkan oleh kadamnya.
Cadangan yang pertama lebih kurang macam cerita yang ustaz tadi cakap,masa akan menentukan belum terjadi semuanya tak boleh bila dah terhantuk baru rasa sakit.....
yang kedua tu......kita disuruh cegah perkara buruk,kat dunia untuk keselamatan anak dan kawan kawan dan di akhirat kita tidak dipersoalkan kenapa tidak memberi teguran.
PAK DIN...komen sikit,,,,,,

14 Mei 2009

5...Sembilang

Sesiapa yang minat memancing ikan sembilang boleh hubungi En.Jabar 012-3790629
sekali memancing free,kalau dapat ikan kena bayar Rm5 untuk sekilo.
Lokasi:Taman senawang Jaya,berhawa dingin (bawah pokok)
Waktu :Bangun tidur pagi sampai bila bila

07 Mei 2009

LAWATAN KE MUZIUM TENTERA....P.D


Minggu lepas aku mengikuti kanak kanak sekolah tadika smart kids ke P.D,banyak sejarah yang boleh didedahkan kepada anak anak yang lahir selepas merdeka,dari segi sejarah macamana tentera kita berjuang mempertahakan tanah air kita dari penjajah sama ada dari bristish,pertugis dan jepun.tokoh tokoh panglima malaysia juga peralatan senjata masa lalu yang menariknya ada terowong PKM yang dibina,aku perhati aje kerenah anak anak ini ada yang bertanya ini apa,itu apa?maklumlah belum mengenali erti hidup yang sebenar dan apa itu perjuangan.




























27 April 2009

KHIDMAT KESIHATAN PERCUMA....










GAMBAR sekitar khidmat kesihatan percuma dun paroi yang berlangsung pada 26.4.2009 di taman kobena senawang bermula jam 9.30 pagi lebih 80 orang yang berminat untuk mandapatkan rawatan secara percuma,yang tak datang tu.......... semuanya orang kaya menurut En hasan ini adalah kali ke 3 pada tahun ini.

25 April 2009

MCIS dulu kini dan....




kilang mcis safety glass sdn bhd sekitar tahun 70an,90an dan 2009.

EXORA mpv


anak aku dan proton exora......"cantiklah abah keta ni bila kita nak beli senang balik kampung boleh tidur kat belakang"itulah ucapan pertama bila aku bawa dia pergi tengok exora kat giant senawang.....insaallah kalau ada rezeki lebih abah belikan.......

Teman di Taman..2


Yang ni teman aku jugak,,,,dia ni tukang segala galanya,apa apa masalah cakap aje dengan dia pasti beres.....masalah rumah,ibu tunggal,orang miskin,anak yatim piatu dan yang memerlukan teman....nama gelaran dia PENGHULU...

DI MANA PBT.....


perasan tak anda bila melalui persimpangan lampu isyarat taman kemuning dan taman senawang jaya ada satu tiang untuk apa tak tahu...yang pasti mesti papan tanda tapi yang tinggal tiang aje.....adakah kerana vandalisma,kerja tak bermutu atau barang yang diguna tak bermutu....harap harap PBT yang lalu di situ ternampak,,,,

Teman di Taman..


kawan kawan aku yang pandai berkata kata apa saja bagitahu dengan dia semua boleh jawab dan boleh komen yang seorang lagi juruteknikal bab berhujah dialah orangnya....semua bisnes boleh buat jadi ke tidak belakang kira....

18 April 2009

SEHANDAL NAMANYA.....


toyota sapa tak kenal satu jenama kereta dari jepun.....proton jenama dari malaysia.............

boleh tak kereta malaysia bertahan macam kereta toyota ni....ini gambar betul beb...kat highway lagi...

CEGAH DENGGI bela jentik jentik


CEGAH DENGGI bela jentik jentik ini adalah istilah yang sesuai aku rasakan........ aku dan kawan ada buat projek pasang antena TV untuk sebuah klinik di seremban ,atas bumbung bangunan tu air bertakung penuh dengan jentik jentik takkan tak nampak betul betul sebelah tempat dia orang makan.buka tingkap dah boleh nampak puncanya lubang air keluar tersumbat aku dan kawan ni tolong keluarkan kotoran yang tersumbat ,1/2 jam baru kering bayangkan banyak mana jentik jentik dalam air yang bertakung.saksi gambar ni.....

ternak sembilang penuhi masa lapang...


Ternak sembilang penuhi masa lapang...memang abang ni aku tabik hormat ada aje kerja yang dibuatnya pada masa lapang contohnya depan rumah pun dapat bela ikan sembilang,kawasanya taklah luas sangat aku ingat dalam 7 kaki persegi aje.di masukan anak sembilang 2000 ekor sekarang dah boleh jual,tak sempat aku nak tanya soal pada abang ni ,dia awal awal dah cakap HENDAK SERIBU DAYA TAK MAHU SERIBU ALASAN....jangan banyak tanya,sapa yang nak beli ikan sembilang murah boleh datang taman senawang jaya jumpa abang jabar..

gotong royong.....dewan surau dan pengkritik


Hari jamaat 17.4.09 surau taman senawang jaya mengadakan gotong royong,ubah suai dewan kalau dulu dewan ni sebagai kelas KAFA,tapi terbiar begitu murid murid ada cikgunya tak ada,masing masing dah ada kerja katakan....atau tak layak untuk guru KAFA macam aku jugak ilmu agama tak belajar tinggi tinggi......biarkanlah balik pada cerita tadi ramai juga yang turun ketua projek tuan J.B.R,ketua kerja abg penghulu dan dibantu oleh kawan kawan,biasalah gotong royong yang datang ramai tapi bukan buat kerja,kebanyakan jadi jurukata kata dan jurukritik,kerja tak buat semuanya hampeh....jangan jadikan ini amalan hidup anda.

13 April 2009

Apa kata kita berhibur sekejap tak salahkan....mari kita saksikan video klip ni...


Lepas gotong royong membaik pulih rumah yang mendap tu... ada pulak yang perihatin belanja minum dan makan mee goreng di restoran SABAR MENANTI ,,,alhamdullilah syukur beginilah ....masyarakat di DUN paroi

gotong royong.....


hari ahad 12.4.2009 unit amal dun paroi di ketuai oleh penghulu(gelaran aje) telah membuat satu amal di taman teratai dalam dun paroi.mengadakan gotong royong membaik pulih satu rumah bangsa india yang lantai ruang tamu telah mendap beberapa minggu lalu,barang barang binaan adalah sumbangan dari orang ramai dalam dun paroi.inilah yang di katakan hidup muafakat tak kira bangsa dan agama yang penting tolong menolong,sapa sapa yang nak bagi sumbangan boleh datang ke pusat khimat masyarakat dun paroi di taman tasik.

PERNIAGAAN ITU REZEKI....

semalam 1242009 saya dan teman teman singgah minum di satu restoran taman widuri,saya tertarik pada kain rentang yang dipasang oleh pemiliknya,.....
RESTORAN SABAR MENANTI
beli 10 keping roti canai biasa percuma 1 keping roti canai biasa
beli roti canai telur 5 keping percuma 1 keping roti canai telur
makan apa apa sahaja melebihi RM15.00 percuma air kotak
dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang ni ....faham faham aje la...tapi masih ada lagi pemilik restoran yang sanggup bagi percuma dengan setiap pembelian dari kedainya,yang kaya jangan kedekut sangat,yang miskin jangan lebih lebih minta,,bukan GIANT aje boleh buat beli satu percuma satu, restoran brader ni boleh buat beb....
marilah sama sama kita ke kedainya...ha ...lupa pulak kat kedai ni pun boleh buat aduan tentang masaalah masyarakat(pusat aduan orang ramai) parti keadilan rembau

04 April 2009

tiada apa apa yang pelik....


apa kata anda semua tentang gambar ini.....?,

siti dan tok guru


siti dan suaminya dah jumpa dengan tok guru.....aku bilalah agapnya///////

bala atau rahmat untuk kita.....




petang 25.3.09 senawang dilanda ribut taufan dengan hujan begitu lebat sekali,21 tahun aku duduk di senawang pertama kali aku nampak hujan batu di senawang.....adakah ini bala atau rahmat dari allah untuk kita menginsafi tentang kebesaranya....banyak kejadian bencana alam,hujan ribut angin kencang termasuk di kg baru paroi,pinggiran senawang,taman satria kejadian ini berlaku dengan tiba tiba,sama sama kita berdoa dengan allah supaya dijauhkan bala menimpa kita semua.




yang terpilih...


pada 20.3.09 (jumaat) aku mendapat berita dari sahabat,mengatakan ustaz khairul azhar telah meninggal dunia pada malam tu...aku dan kawan aku serta anak saudara,pada hari itu aku pergi sembahyang jumaat di masjid paroi kerana nak sama sama menunaikan sembahyang jenazah untuk arwah ustaz,semasa sembahyang jenazahnya cukup ramai jemaah yang sembahyangkan,aku rasa terharu istimewanya arwah,semasa di makam ahmad said semasa jenazahnya dimasukan ke dalam liang lahad aku nampak sekawan burung nun jauh di angkasa,aku tanya kawan aku burung apa tu,dia pun tak tahu,aku rasa macam burung tu mengiringi rohnya yang terbang dari matahari terbit menuju matahari jatuh,bila selesai jenazahnya dimasukan ke liang lahad burung itu pun beransur ansur hilang dari pandangan aku,ya allah cucurilah rahmat ke atasnya dan tempatkanlah bersama dengan orang orang yang soleh.

18 Mac 2009

TEMUDUGA.....

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIANKEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:Anda tidak perlu bawa siji-sijil.Anda tidak perlu bawa pingat.Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.
PANEL/PENEMUDUGA:Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.
Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang2 yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya,
puasanya diletakkan disebelah kanannya,
zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu.Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad)yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat(boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; danbagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga,maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya"Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan,kiri dan hujung kaki).!Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dlm temuduga ini....

17 Mac 2009

SEDARKAH KITA ......


Minggu lepas aku ada pergi surau di senawang sempurna menyambut maulidur rasul,ada ceramah dan makan makan,ustaz malam tu ada cakap binatang pun ada rasa sayang pada anak anaknya,sama ada singa atau pun buaya cara didik anak,cara makan,cara main main dan memburu,sampai anaknya besar tapi manusia yang tinggi darjatnya langsung tiada sifat kasih dan sayang,contohnya hari sabtu lepas kawan saya jumpa satu janin manusia yang dibuang macam sampah aje,apa dah jadi dengan manusia sekarang lihat gambar ni....
"lokasi satu taman di senawang"

12 Mac 2009

test

Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?
Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?
Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?
Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?
Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya didunia?
Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
Soalan 01: Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.