23 Mei 2010

Mati......ASB/PNB

Dokumen yg perlu di bawa oleh pewaris ke PNB jika akauan si mati bawah RM5000 adalah :
· Buku asal ASB si mati.
· 2 Salinan Sijil Mati (bwk sekali yg ori kalau boleh)
· 2 Salinan Surat Beranak yang menuntut (PNB nak tengok pertalian dgn si mati)
· 2 Salinan Kad Pengenalan yang menuntut
· Bawa sekali akaun ASB penuntut atau sesiapa waris yg ada akaun ASB. (untuk dipindahkan amaun yg adala dalam akaun si mati ke akaun penuntut.
Setelah itu PNB akan bagi 2 borang di mana salah satunya hendaklah di matikan setem dan ditandangani oleh Pesuruhjaya Sumpah.Setelah semuanya selesai, nombor anda akan dipanggil dan serahkan segala dokumen tadi. Kemudian anda akan diberikan RM200 on the spot iaitu duit khariat kematian yang sememangnya ada untuk pemegang akaun ASB. Kami terkejut bila kaunter beri RM200 on the spot tu dan bila Kami tanye "ni duit ape?" So kaunter tadi explain pasal khairat kematian.Jadi duit akaun si mati tu akan dipindahkan ke akaun baru (yg menuntut) dalam masa sebulan. Mudah bukan jika kita tahu bagaimana cara nak berurusan dgn PNB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan