12 Julai 2009

DUNIA NAMPAK,AKHIRAT TAK NAMPAK>>>

Minggu lalu ada perjumpaan untuk pertubuhan badan kebajikan taman,jadi biasalah ada yang bertanya ada yang meminta dan tak lupa juga yang memberi cadangan,aku pun ada juga cadangan...simple aje cadangan aku.
1.Badan kebajikan membeli dan membekal satu alat pemadam api kepada setiap ahli (satu rumah) yang berdaftar.
YANG ni di tolak kerana katanya banyak belanja diperlukan tak mustahak bombakan ada jika berlaku kebakaran,aku tak kisah cadangan aje....
2.mengesa pihak 7 eleven supaya tidak menjual minuman keras dalam premisnya.
YANG ni ditolak kerana kita tak boleh campur tangan dalam urusan penjualan dalam satu satu premis,aku tak kisah juga....
3.semua kutipan duit dari pasar malam pada minggu ke 4 setiap bulan dimasukan kedalam tabung surau,
YANG ni pun ditolak...ontah lah tak dapek den nolong!!!!katanya cukup lah setiap bulan dah dibagi RM100.00,kalau surau nak duit pandai pandailah cari sendiri.
Sebelum perkara ni dibincangkan adalah seorang ustaz bagi ceramah katanya......Ada seorang raja,di suatu hari raja ni nak makan buah mangga,dia pun kupaslah buah mangga tadi sendiri tanpa menyuruh kadamya mengupas tiba tiba jari tanganya terpotong,raja tadi pun bagitahu dengan kadamnya yang jarinya terpotong,jawab sikadam tadi alhamdullilah....bila raja itu dengar dia pun marah yang amat sangat.disuruhnya pengawal tangkap kadam dan masukan ke dalam penjara ISA tanpa soal siasat kenapa kadam berkata begitu.
Pada suatu hari yang lain pula,raja tadi pergi memburu dalam hutan,tiba tiba dia tersesat lalu ditangkap oleh orang karnibal yang jenis makan manusia,nampak gaya makan besarlah malam nanti ,sebelum itu ketua puak tadi suruh checking dulu takut takut adal Influza A atau H1N1,semaunya ok,tiba tiba seorang menjerit bagitahu raja tadi cacat kerana salah satu jari tanganya tiada,ketua puak telah reject raja tadi kerana kecacatan jari.masa ni raja tadi baru teringat alhamdullilah yang diucapkan oleh kadamnya.
Cadangan yang pertama lebih kurang macam cerita yang ustaz tadi cakap,masa akan menentukan belum terjadi semuanya tak boleh bila dah terhantuk baru rasa sakit.....
yang kedua tu......kita disuruh cegah perkara buruk,kat dunia untuk keselamatan anak dan kawan kawan dan di akhirat kita tidak dipersoalkan kenapa tidak memberi teguran.
PAK DIN...komen sikit,,,,,,

1 ulasan:

  1. 1. elo encik, ada satu kodai koling dan satu kodai cino kek senawang jaya tu jual arak gaks.. tapi den nampak orang rumah hang, membeli belah di situ..

    2. hahaha kalau takut rumah terbakar a) jangan main api.. b) jangan hisap rokok dalam rumah.. c)buat atau beli rumah sebelah balai bomba..

    3. apa kata surau taman senawang jaya buat pasar malam baru yang beroperasi pada hari lain.. (semua bisa diatur Pak)..

    pengumuman:
    skip pinjaman peribadi untuk Kakitangan Kerajaan

    BalasPadam